Wajib Menutup Aurat

Hukum Menurut Aurat

Hukum menutup aurat adalah wajib. mereka yang meninggalkan suruhan Allah ini adalah berdosa dan akan menerima azab seksaan yang pedih di akhirat kelak.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah Al-Ahzab: 59)

Ciri-ciri Menutup Aurat

1. Pakaian hendaklah menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Tudung pulamestilah labuh hingga menutupi dada.

2. Pakaian hendaklah longgar dan tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh. Oleh itu, memakai t-shirt ketat, berseluar panjang ketat atau berkebaya ketat walaupun tidak menampakkan warna kulit, tetapi secara jelas etap menampakkan lekuk-lekuk bentuk badan seperti payu dara, pinggul dan paha. Maka hukum pemakaiannya tetap haram.

3. Tidak jarang atau terlalu nipis hingga menampakkan aurat dalam pemakaiannya. Ramai wanita yang bertudung tetapi tudungnya jarang sehingga menampakkan tengkuk, telinga dan dada.

4. Tidak telalu singkat hingga melepasi paras pinggul seperti memakai t-shirt berlengan panjang tetapi bawah bajunya singkat di pinggang. Apabila bergerak atau mengangkat tangan akan ternampak perut atau pusat.

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau perempuan sehingga sukar ditentukan jantina mereka.

6. Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir daripada kaum Yahudi dan Nasrani.

7. tidak berwangi-wangian.Sabda nabi: Sesungguhnya seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati kaum (lelaki) bermaksud agar mereka mencium aromanya, maka ia telah melakukan perbuatan zina". Riwayat at-Tirmizi

Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan pengampunan dari Allah


Comments

Popular Posts