Pagar Diri / Rumah

Pagar Diri

Untuk memagar diri kita daripada sihir, kejahatan manusia dan bahaya2 yang kita tidak ketahui, hendaklah kita bertawakkal kepada Allah kerana Allah lah yang menguasai Langit dan Bumi sekalian alam.Berdoa kepada Allah agar kita dipelihara daripada segala bentuk kejahatan dan malapetaka.

Untuk Pagar Diri:

Baca ayat Kursy 7 kali dan bagi setiap satu bacaan tiup ke kanan, kiri, depan, belakang, atas, bawah, dan ke dalam diri. Niatkan supaya Allah melindungi kita.


Untuk Pagar rumah/kawasan:

Baca Ayat Kursy 7 kali dan bagi setiap bacaan tiupkan ke kanan, kiri, depan, belakang, atas, bawah dan satu dimakrifatkan bentuk bulatan mengelilingi rumah. Hendaklah dimakrifatkan ada tembok/benteng di kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah rumah kita. Niatkan da pohonlah kepada Allah agar Allah memelihara kita dan kawasan rumah kita daripada segala bentuk kejahatan dan bahaya.


Comments

Popular Posts