SIFAT LELAKI DAN WANITA DI DALAM SYURGA

Keterangan di dalam Quran:

Di dalam syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.( Surah Al-Rahman 55:56-58)

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas dan cantik matanya. (Surah Al-Dukhan 44: 54)

Keterangan hadith:

Rombongan yang pertama masuk ke Syurga adalah bagai bulan purnama, rombongan yang seterusnya ialah bagaikan cahaya bintang yang terang dan bersinar di langit. Mereka tidak pernah kencing, tidak pernah membuang air besar, tidak berhingus dan tidak membuang ludah. Sikat mereka diperbuat daripada emas, keringat mereka bagaikan minyak wangi (misk) dan mereka mereka mempunyai wangian daripada kayu gaharu. Isteri mereka adalah bidadari yang mempunyai sepasang mata yang bulat, hitam dan bersinar. Akhlak mereka sama. Bentuk mereka bagaikan moyang mereka, iaitu, Adam yang mana tingginya 60 hasta..Hadith

Comments

Popular Posts