Siapa Ibadur Rahman (Hamba Ar-Rahman


SIAPAKAH IBADUR RAHMAN (HAMBA AR-RAHMAN)


Ibadur Rahman Menurut Al-Quran Surah Al-Furqan Ayat 63-77)

63. Dan hamba2 Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang2 yg berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata2 yg baik." (Al-Furqan:63)

64. Dan orang-orang yang di waktu malam sujud kepada Tuhannya,(sembahyang tahajjud di malam hari)
65. Dan orang-orang yang mengucapkan, "Wahai Tuhan kami! Jauhkanlah dari kami azab neraka Jahannam. Sesungguhnya azabnya itu bencana yang kekal."
66.Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat menetap dan tinggal yang amat buruk.
67. Dan orang-orang yang apabila berbelanja, tidak boros dan tidak pula kikir. Dia berlaku seimbang di pertengahan antara (boros dan kikir).
68. Dan orang-orang yang tidak menyembah yang lain di samping Allah. Dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), kecuali dengan alasan yang benar (kerana ia membunuh umpamanya) dan tidak pula mereka berzina. Siapa yang berbuat demikian ia akan berdosa.
69. Akan dilipatgandakan azabnya di hari kiamat. Dan dia akan kekal terhina dalam azab itu.
70. Kecuali orang-orang yang taubat, beriman dan beramal saleh (sesudah taubat itu). Maka Allah mengganti kejahatan mereka dengan kebaikan (menghapuskan dosa kejahatannya). Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
71. Dan orang yang taubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia taubat kepada Allah dengan taubat yang jujur (sejati).
72. Dan orang-orang yang tidak memberikan kesaksian palsu. Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang (berkata atau berbuat yang tidak pantas mereka lewat sahaja (tidak ikut campur) dengan cara baik.
73. Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak seperti orang tuli dan buta (mereka perhatikan sepenuhnya).
74. Dan orang-orang yang berkata,"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan yang menyenangkan hati. Dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.
75. Merekalah orang-orang yang diberi tempat yang tinggi (syurga), balasan dari kesabaran mereka dan mereka akan disambut di sana dengan ucapan selamat datang.
76. Mereka kekal di dalamnya. Tempat diam dan tempat tinggal yang amat baik.
77. Katakanlah! Tuhanku tidak mempedulikan kamu (hai orang-orang kafir), kecuali jika ada ibadahmu. Sesungguhnya kamu mendustakan (agama-Nya). Maka siksaan pasti menimpamu.

Comments

Popular Posts